Bila buat iklan (Nda kisah di mana), anda akan bermain dengan 2 benda:
- Aspek teknikal (Facebook Ads, Google Adwords, Twitter Ads)
- Mesej dan psikologi untuk pelanggan
Dan kalau anda mau tau…
80% keberkesanan iklan bergantung pada mesej dan aspek psikologi.
Cara setting Facebook Ads semua tu hanya 20% jak~
Tapi malangnya, ramai usahawan online lebih fokus pada teknikal Facebook Ads.
Mereka cuba macam-macam jenis interest dan targeting dan mengabaikan aspek psikologi pada iklan.
Sebenarnya, dengan memahami konsep psikologi, anda dapat tukarkan iklan menjadi magnet jualan!
Bila cerita tentang psikologi, kita kena faham dulu macam mana otak manusia berfungsi.
Sebab apa?
Sebab psikologi adalah ilmu tentang memahami cara otak manusia berfungsi dan macam mana ianya mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.
Bagaimana Otak Manusia Berfungsi?
4 proses utama yang berlaku pada otak (Secara kasarnya)
- Ransangan dari 5 deria manusia
- Maklumat akan lalu “Sensory Gating”
- Maklumat di proses pada otak
- Respon akan diberikan melalui tubuh badan
Kebanyakan iklan diabaikan sebab tak berjaya melepasi Sensory Gating (proses 2).
(Nota: ‘Sensory Gating' adalah umpama pengawal pagar)
Apa yang berlaku sebenarnya ya dekat Sensory Gating ni?
Okay, ini apa yang berlaku:
Semua maklumat akan melalui Sensory Gating
Sensory Gating akan tentukan samada maklumat itu perlu diproses atau nda.
Kalau perlu, baru maklumat tu akan masuk ke otak
Kalau nda, maklumat akan diabaikan.
Tapi, apa kriteria yang menentukan maklumat itu perlu diproses atau nda?
Ia ditentukan berdasarkan relevan atau tak maklumat tersebut terhadap seseorang.
Kalau relevan, maklumat tersebut akan diproses.
Kalau nda relevan pula?
Sensory Gating akan buang maklumat tersebut dan takkan diproses.
Sebagai contoh…
Aisya adalah Ibu bekerjaya yang prihatin dengan prestasi akademik anaknya.
Jadi bila Aisya nampak iklan produk golf, ianya tak akan diproses oleh otak Aisya sebab tak relevan dengan diri Aisya.
Tapi…
Bila Aisya nampak iklan home tuition, maklumat dari iklan ni akan diproses oleh Aisya sebab ianya relevan dengan diri Aisya.
Kenapa Otak Menapis Maklumat?
Sebab untuk elakkan otak dari kepenatan.
Proses tapisan ni bertujuan untuk pastikan otak hanya digunakan pada waktu yang betul-betul perlu jak.
Jadi Apa Patut Anda Buat?
Macam mana nak pastikan iklan anda berjaya melepasi Sensory Gating?
Ada 3 cara:
Sampaikan mesej yang relevan pada bakal pelanggan
Iklan perlu fokus pada 1 kelompok pelanggan dan 1 masalah/manfaat sahaja
Sampaikan mesej terus dalam headline
Saya pasti anda mungkin terfikir…
“Tapi produk saya dari planet gaban…
Produk saya boleh selesaikan 1001 masalah!
Jadi, semua orang sesuai guna produk saya.
Macam mana ya?”
Nda kisah la produk anda power tahap gaban langit ke 12 sekalipun.
Fokus pada 1 masalah dan 1 kelompok pelanggan jak.
Sebab apa?
Pelanggan hanya mau tau apa yang mereka perlu @ mau sahaja.
Kalau banyak sangat maklumat, otak mereka akan tapis dan mereka akan abaikan terus iklan anda.
Action Plan
Ini cara mudah untuk praktikkan teori ni pada iklan anda.
Anda perlu fokus untuk tulis headline yang berkesan.
Kenapa headline penting?
Sebab, ianya maklumat pertama yang bakal pelanggan anda nampak pada iklan.
Maklumat pada headline adalah maklumat pertama yang akan diproses pada otak bakal pelanggan.
Ciri-ciri headline yang bagus adalah:
- Mesej yang jelas dan mudah faham
- Mesej yang ultra spesifik
- Mesej jelas untuk siapa dan tentang apa
Anda hanya ada 3-7 saat untuk tangkap perhatian bakal pelanggan anda jadi pastikan headline anda betul-betul bagus.
Elakkan dari penggunaan bahasa kitab sains mesopotamia pada ayat iklan anda; lagi-lagi pada headline.
Contoh headline yang nda jelas (Contoh produk ubat sakit kepala
Terbaru! Ponstan 650mg ni Sangat Berkesan
Ponstan 650mg tu apa?
“Tu pain killer"
Berkesan yang macam mana tu?
“ Hilangkan sakit kepala dengan hanya 1 tablet”
Jadi, tulis la macam tu dalam headline.
Contoh headline yang jelas:
Terbaru! Pain Killer ni Dapat Hilangkan Sakit Kepala dengan Hanya 1 Tablet
Haa…
Kan lebih mudah faham.
Cuba bandingkan antara headline pertama dengan headline kedua; mana yang lebih mudah faham dan jelas mesejnya?
Mana yang lebih berpotensi untuk tarik perhatian bakal pelanggan?
Kesimpulan
Ini serba sikit asas psikologi dalam iklan.
Kalau maklumat yang ada pada iklan nda relevan, pelanggan akan abaikan iklan anda sebab ianya tak diproses oleh otak mereka.
Untuk hasilkan iklan yang berkesan;
- Anda perlu fokus pada 1 kelompok pelanggan
- 1 mesej yang jelas
- Dan pastikan hanya sampaikan masej yang relevan pada target market anda.

Tiada ulasan: